Sabtu, 2 April 2011

Dah lama rasanye tak coret-coret..

So actually aku nak share pelbagai resepi ngan korang sume .. nak kata pandai sgt masak tak la tp aku tau masak - masak nie since skolah2 dlu .. coz my family sume tau masak dr along aku sampe la my liltle bro ...

Mau kena hentam ngan mak aku kalu ank2 die sume xtau masak...so senang la my mum n my dad .. ank2 die bleh masak x kira laki or gurl ... actually my dad pn pandai masak .. tmbah2 lg kalu die masak kue teow hailam ... perrrghhh..sedap gilerr .. diorang nie sebenarnye mmg pro ..

Ok aku xnk cite panjang lebar ..ape2 resepi yg aku ada aku try share ngan korang ..

TQ .... selamat mencoba ..

Agar - Agar Lumut



**Bahan-bahan** ( 4-5 orang )

• 10 g agar-agar
• 1 cawan gula
• 2 biji telur
• ½ cawan santan (aku guna santan kotak je)
• 2 helai daun pandan
• Sedikit esen vanila
• Sedikit pewarna hijau
• 4 - 5 mug air - untuk memasak agar-agar (atau pun mengikut sukatan pada paket)

**Cara-cara**

1. - Masak/rebus air, agar-agar dan juga helaian daun pandan sehingga mendidih.
2. - Apabila mendidih, masuk kan gula, biar semua hancur @ sebati
3. - Dalam bekas lain, pukul telur, santan dan esen vanila, aku pukul guna blender jer
4. - Dalam larutan agar-agar tadi, masukkan pewarna hijau/ perasa pandan
5. - Akhir sekali masukkan telur yg kita pukul bersama bahan td ke dalam larutan agar-agar sambil di kocok/timbuk . maka akan terbentuklah lumut.

****Pesanan : Pastikan anda kocok/ timbuk semasa memasukkan telur ke dalam agar2, kalau tidak lumut tidak menjadi****

6. – Pastu bla dh siap masak bleh tuangkan dalam loyang …. Biarkan sejuk seketika n simpan dlm fridge ….. Sedap dan cantik ….... enak dimkn ketika sejuk, jadi cubalah .....

Puding Roti Sos Kastard



**Bahan-bahan** ( 1 happy family )

**Bahan A**

• 500 ml susu segar/fresh milk
• 8 keping roti (gardenia/high 5)

**Bahan B**

• 4 s/b gula halus
• 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
• 2 biji telur ayam
• 1 sudu teh esen vanilla
• 1 s/b tepung jagung

**Bahan C-kuah**

• 1 tin susu cair
• 2 s/b tepungkastad
• 2 s/b gula

**Cara-cara**

1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Kek Batik



**Bahan-bahan** ( loyang 7/8" )

• 1 bungkus (350g) biskut marie
• Setengah buku butter
• 2 biji telur
• 1 cwn serbuk koko
• 1/2 cwn milo
• 1 cwn air
• 3/4 cwn gula

**Cara-cara**

1. Patah2kan biskut
2. Dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. Masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. Kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. Masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. Masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat ... Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Daging Black Pepper




**Bahan-bahan** ( 4 - 5 org makan )

• 500gm daging batang pinang
• 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
• 1 biji lada benggala hijau
• 1 biji lada merah
• 3 sb kicap manis
• 2 sb sos tiram
• 1 cawan air
• 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
• 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
• minyak utk menggoreng

**Cara-cara**

1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
5. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.

***Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram***

6. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air.
7. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung.
8. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Ikan Siakap Steam




**Bahan-bahan** ( 2 orang )

• 1 ekor ikan siakap saiz besar

** Bahan tumbuk**

• 1 ulas bawang putih
• 1cm halia

** Bahan hiris **

• 5 batang serai
• 5 ulas bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 1 cm halia
• 2 tangkai daun bawang
• 1/2 bunga kantan

** Bahan-bahan lain **

• 2-3 tangkai daun sadri
• 5 biji limau kasturi-ambik airnya
• 1 sudu kecil tepung jagung
• garam
• gula
• bahan perisa - (optional)
• 1 sudu besar minyak masak
• 2-3 biji cili padi
• 2 helai daun limau purut

**Cara-cara**

1. Bersih ikan dan kelar. Lumurkan dengan bahan tumbuk. Masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus
2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan yang telah dihiris
3. Kalau nak pedas, cili padi tadi bolehlah dipotong
4. Kukus sehingga masak ....

Ketam Masak Lemak



**Bahan-bahan** ( Untuk 4 - 5 orang )

• 4 ekor ketam besar, dibersihkan
• 6 ulas bawang merah kecil*
• 3 ulas bawang putih*
• 3 batang lada merah*
• 3 biji buah keras*
• 1 inci kunyit hidup*
• 1/2 cm belacan*
• 1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
• 1 asam keping
• 1 helai daun kunyit
• 1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
• 1 biji kelapa, diparut
• Garam dan gula secukup rasa

**Cara-cara**

1. Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan .... Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
3. Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk.
4. Diikuti daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih.
5. Masukkan santan pekat dan perasakan dgn garam dan gula.
6. Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.
7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

Sambal Jawa Ikan Bilis



**Bahan-bahan** ( 3 orang makan )

• 15 biji cili api hijau (dikisar)
• 2 biji bawang besar (dikisar)
• 3 biji bawang putih (dikisar)
• ikan bilis secukupnyer
• asam jawa, garam, gula secukupnyer
• sedikit air
• minyak untuk menumis

**Cara-cara**

1. Goreng ikan bilis jgn sampai garing daan ketepikan
2. Tumis cili api, bawang putih, bawang merah yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. Jangan sampai pecah minyak sangat
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula
4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi
5. Rasa untuk sambal jawa ni mesti ada rasa masam2 manis dan sedikit rasa masin
6. Biarkan sekejap sehingga mendidih atau masak.
7. Siap untuk dimakan ...... Lebih sedap makan dengan telur dadar.

Jumaat, 1 April 2011

Ayam Masak Kicap

resepi nie peberat hubby aku..... die paling suka masakan nie..kalu aku masak ayam masak kicap nie die complain ckp kurang memuaskan..... yg lain aku masak xde plak complain..

ok.... nk dijadikan cite.... masa blik kg raya aritu... kakak ipau aku yg pro masak tue wat la ayam masak kicap utk mkan malam family aku..

apa lg hubby aku pn soh aku blajau ngan kakak ipar aku cara nk masak ayam masak kicap nie..

So pas balik cuti raya... aku pn try la wat mcm kakak ipau aku ajau...tup2 jd.....hubby aku pn suka.... Dat day masa raya posa thun lepas mak sedara( Bibik) hubby aku n family die dtg umh..

time dinner tu aku masak resepi tue.... so kazen hubby pn tanya la aku how nk wat ayam masak kicap mcm nie...coz sedap..
aku pn dah turunkn resepi tue kt kazen die...



**Bahan-bahan** ( 1-2 orang )

• 1 bahagian paha ayam
• garam kunyit secukupnya
• minyak untuk menggoreng
• 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
• 3 ulas bawang kecik - ditumbuk
• 2 ulas bawang putih - ditumbuk
• 1cm halia - ditumbuk
• 1/2 batang kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih - untuk menumis
• kicap pekat manis secukupnya
• 2-3 biji cili padi- potong dua
• 1-2 batang cili hijau
• Garam dan gula untuk penambah rasa

**Cara-cara**

1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
2. Lumurkan ayam dengan kunyit, kicap pekat serta bahan yang ditumbuk.. perapkan dalam masa 15 minit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, dan cili sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap dengan bahan - bahan tadi. Goreng sampai ayam masak. Masukkn garam serta sedikit gula untuk mengenakkan lg resepi td.
5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
6. Siap untuk dimakan.